Monday, 6 September 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya to all Muslims.
Be super duper extra carefull on the road.
No speeding.
Tido cukup2 dan Rehat jer kat mana2 jalan yang difikirkan sesuai.

Ada masa nanti update info terbaru tentang Speed Trap Limit and Sistem Trafik Malaysia.

Friday, 8 May 2009

Barangjepun Kini Kembali

Salam kepada semua peminat-peminat barangjepun.

Ari tu lupa password utk account blog nih. Nasib baik leh reset balik.
Saya akan memulakan menulis semula dan membalas semua email2 serta pertanyaan saudara saudari yang ingin mengetahui apa saja berkenaan dengan barang jepun.

Sekian.

Monday, 10 December 2007

Untuk yg nak beli laser detector

Pertama sekali sebelum beli laser detector korang kena faham konsep menggunakan laser detector nih. Sebab kalau korang tak faham mmg buat ngabis duit jer beli. Baik beli nasik goreng lagi best. Untuk yg dah baca artikel-artikel yg aku tulis dan aku tempek kat sini korang leh faham benda alah apa yg aku dok merepek kat sini. Untuk yg belum baca rajin-rajinlah membaca. Ishh lama tak menulis ni kat seminggu dah ni aku jadi takder mood nak menulis nih. Syok dok layan one piece dari episod satu balik, masuk ni dah 4 kali aku dok ulang tgk one piece dari episod satu sampai episod terkini huhu mmg fanatik one piece sungguh aku nih.

Okeh, sebelum korang beli baik korang survey dulu test result laser detector. Taip jer keyword "test result speed trap detector" Setakat yg aku survey yg paling best org dok rate ialah Valentine. Mmg mahal sikit benda alah nih dalam seribu dollar gak. Untuk yg selalu tanya aku pasal laser detector pasal radar detector, pasal alat itu ini aku ucap terima kasih banyak2. Pasal aku mmg minat survey pasal benda alah ni.

Ni link antara test result utk laser detector yg aku jumper:

http://www.radars.com.au/forms/radar-tests.pdf
http://www.myradardetector.com/compare_all.htm
http://www.dontgetcaught.com.au/Text/1149864238255-5203/Videos-&-Tests

Friday, 30 November 2007

Lagi Bukti Polis Malaysia Makan Rasuah

Bukti Polis Malaysia Makan Rasuah

Rahsia Menangkap Ikan

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so
crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"

Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.

Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke
kanan pakcik tebar ke kanan."

CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"

Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu... "

CrewTV3 : "Oooooooooooo. .. ... ."

Org Kelate VS Org Utagha

Loghat mana lebih munasabah?

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah..

Bahasa Melayu standard:

"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."

Loghat Utara (kedah):

"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".


Loghat Pantai Timur (kelate):

"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!