Showing posts with label Buat Duit Dengan Internet. Show all posts
Showing posts with label Buat Duit Dengan Internet. Show all posts

Wednesday, 14 November 2007

Bagaimana Tunaikan E-Gold Anda ke Ringgit Malaysia

Katalah anda telah menerima E-Gold yang nilainya seribu ringgit di dalam akaun anda.
Bagaimana pula untuk menunaikannya ke dalam Ringgit Malaysia. Cukup mudah, ada 2
cara mudah seperti berikut :-
1. Perkhidmatan E-Gold Exchanger
Anda boleh gunakan perkhidmatan yang sama untuk membeli E-Gold untuk menjual EGold
kembali. Anda boleh gunakan EPay2Gold.com atau R2Gold.com. Beri E-Gold
anda kepada mereka. Mereka akan masukkan E-Gold ke dalam akaun bank anda terus.
Selalunya selesai dalam masa 1 jam!
2. Gunakan Kad Debit
Anda boleh keluarkan wang anda terus di mesin ATM. Favourite saya adalah
http://imtcard.com. Tetapi anda perlu keluarkan sedikit wang untuk mendapatkan kadkad
debit ini. Anda boleh kumpulkan dahulu wang di dalam E-Gold anda kemudian
gunakan untuk membeli kad debit ini. Kad-kad debit ini mempunyai lambang Cirrus
Maestro supaya anda dapat lakukan pengeluaran melalui mana-mana ATM Maybank dan
lain-lain. Kad-kad debit ini memberikan anda lebih kebebasan untuk mengeluarkan wang
anda dari E-Gold bila-bila tanpa perlu bergantung kepada sebarang perkhidmatan E-Gold
exchanger. Anda boleh ke forum MMG bahagian sub-forum debit card untuk maklumat
lanjut di http://www.moneymakergroup.com/index.php?showforum=108.

Bagaimana Menukarkan Ringgit Malaysia Anda Ke E-Gold

Anda perlu memasukkan
wang ke dalam akaun E-Gold anda. Ini boleh dilakukan dengan menukarkan wang ringgit
anda ke E-Gold.
Secara ringkasnya, anda boleh lakukan ini dengan perkhidmatan E-Gold exchanger.
Mereka ini akan menukarkan wang ringgit anda ke E-Gold untuk anda. Anda perlu
berikan wang kepada mereka. Mereka kemudian akan memasukkan E-Gold ke dalam
akaun anda secara automatik.
Misalannya, anda berikan RM50 kepada E-Gold exchanger. Mereka akan memasukkan
emas bernilai RM50 ke dalam akaun E-Gold anda. Mereka juga akan mengenakan sedikit
caj untuk perkhidmatan mereka. Caj ini ditolak terus dari RM50 ini.
Mereka umpama money exchanger atau pengurup wang yang anda biasa lihat di manamana.
Tetapi mereka ini adalah virtual dan berada di dalam Internet sahaja.
Saya akan berikan beberapa contoh E-Gold exchanger di Malaysia yang dapat
menukarkan Ringgit Malaysia anda ke E-Gold dalam masa yang singkat.
1. E Pay2Gold
Mereka ini boleh menukarkan Ringgit Malaysia anda dalam masa kurang dari 1 jam
sahaja dari jam 9:30 pagi ke 11:45 malam. Pergi ke http://www.EPay2Gold.com dan ke
Buy E-gold from us. Hantarkan wang anda ke akaun Maybank mereka. Caj mereka
adalah dalam USD$3 atau 4% mana-mana yang paling kurang. Wang anda akan di
masukkan terus ke akaun E-Gold anda. Sila ke halaman web saya di Order page untuk
tips bagaimana load ringgit anda ke E-Gold.
2. R 2Gold.com
Anda juga boleh gunakan perkhidmatan http://www.r2gold.com untuk menukarkan
Ringgit anda ke E-Gold. Anda boleh masukkan wang anda ke dalam akaun Maybank,
Public Bank, BCB dan lain-lain. Ringgit anda akan ditukarkan dalam masa
Caj yang biasa mereka kenakan adalah RM11 sahaja. Jadi lebih baik anda masukkan
wang yang lebih sedikit supaya dapat disimpan untuk kegunaan masa akan datang.
Setakat ini, perkhidmatan-perkhidmatan di atas adalah antara yang terbaik yang pernah
saya gunakan. Anda boleh mencuba dengan memasukkan RM50 dengan menggunakan
perkhidmatan mereka ini. Anda juga boleh pergi ke Google dan taip “E-gold exchange
malaysia”. Tetapi nasihat saya adalah berhati-hati dengan yang lain di atas.