Showing posts with label Barang Jepun. Show all posts
Showing posts with label Barang Jepun. Show all posts

Wednesday, 28 November 2007

Guitar Eletrik Epiphone



Brand Epiphone(Baru)
Harga: 33800yen
RM: 1.05k

Sunday, 18 November 2007

List of Speed Trap Detectors

This is a speed trap from a maker called Cheetah.
http://www.speedtraps.co.uk/cheetah-radar.htm
price:£249.99
RM:1200
refer here: http://www.x-rates.com/calculator.html

You can also find speed trap detector in e-bay but of course you have to buy fro
ebay speed trap Detector Cobra XRS R9G Red Light/Speed Camera & Trap Detector
price: US 315
RM:1062

Saturday, 10 November 2007

Cara nak jadi tinggi dgn mudah

Haa ni kalau2 saper2 yg merasakan dirinya pendek dan kerdil cam aku nih elok ler beli seluar nih. Guna seluar ni utk memanjangkan kaki jer. Panjang benda lain kat celah2 tu takleh tu kena pakai benda lain hehe. Tapi kalau korang pakai seluar nih panjang gak benda tu aku ucapkan tahniah kat korang haha. Tokey seluar ni kata boleh jadi panjang sampai 5cm. Kalau tinggi korang 155cm dah jadi 160cm dah cukup ketara tu. Ok, kalau nak mail aku kat pakteh@gmail.com

Dough germanium and titanium silver combination.
• Size:
M size: waist 76-84 cm
L size: waist 84-94 cm
Harga: Sehelai RM 200, Beli sepuluh helai Diskaun RM 180 sehelai jimat RM200 dah kat situ.
Kegunaan: Memanjangkan kaki sepanjang 5cm. Jika pakai berterusan dapat shape-up kaki jadi cantik sesuai untuk wanita dan lelaki.
Aturan pakai: Pakai semasa tidur.
Diperbuat dari:Rayon 56% nylon 40% polyurethane 4% Germanium and Titan
Aturan Membasuh :
Suhu air tidak melebihi 40° C. Jangan guna spin yg terlalu kuat, gunakan spin yg paling lemah.
Jangan guna clorox.
Kalau nak gosok suhu bawah 120 ° C .Elok jemur dibawah sinaran matahari.
Dry Cleaning boleh digunakan.
Notes:
JIka tidak sesuai dengan kulit gatal2 dsbgnya jgn pakai sedekah kat anak yatim lagi bagus.
Jangan paksa2 tarik atau menggunakan kuku kemungkinan boleh koyak.
Kalau rasa terlalu ketat pakai dan bukak berulang kali sampai rasa selesa.

Barang Pelik Jepun - Electric Cruiser




















Ni Electric Cruiser gunanya utk jalan2 kat bandar. Dah ler pakai roller skate pastu pakai electric cruiser ni untuk tarik. Purata kelajuan EC nih 29KM per jam emm kalau aku ader duit pun aku tak beli benda alah nih. Baik aku lari boleh bakar lemak yg dok bersarang kat perut ni sekian lama. Tapi kalau korang ada perasaan nak beli benda alah nih jgn bimbang harga tak keluar lagi. Kilang yg buat EC nih MadeMoto. Apa2pun nih bukan buat kat jepun tapi kat China. Kalau nak tau lebih lanjut bukak sini: http://mademoto.com/prod_detail.asp?id=693 Kalau nak beli barang nih beli sendiri aku tak nak terlibat.

Jenis2 Turbo Timer Second Hand















Okeh, mula ni produk aku yg paling murah leh aku carik. Utk kaki2 turbo mmg kena ada benda alah ni. Kalau pakai kereta turbo tak pakai turbo timer baik tak yah. Kereta yg tak turbo pun kena ada gak. Nih utk org yg tak tahu apa pasat kena pakai ini turbo timer meh aku citer sikit apa gunanya benda alah nih.


Enjin turbo berfungsi dengan membekalkan udara tambahan ke dalam engin untuk menghasilkan pembakaran yang lebih sempurna. Bekalan udara ini berfungsi untuk menghasilkan pembakaran yang sempurna di dalam engin, dengan itu dapat meningkatkan lagi kuasa yang dihasilkan engin. Enjin turbo yang awal pada mulanya hanya berfungsi untuk mengepam udara tambahan kedalam enjin dengan mengunakan kipas dibahagian ekzos. Putaran kipas itu akan menggerakkan pam udara turbo dengan bantuan shaf penyambung, dengan itu memastikan jumlah udara yang keluar melalui ekzos sama jumlahnya dengan udara yang di pam masuk kedalam enjin.
Bagaimanapun sekiranya kemasukan udara ke dalam enjin berlebihan, ini boleh merosakkan enjin. Oleh itu, satu alat pelepas angin tambahan yang dikenali sebagai "Westgate" perlu dipasang untuk mengelakkan kejadian ini. Peralatan "Westgate" akan bertindak bagi memastikan jumlah udara yang dipam masuk ke dalam enjin tidak melebihi had yang ditetapkan.Udara yang dimampatkan akan menjadi panas dengan itu pemampatan udara oleh enjin turbo akan meningkatkan suhu udara yang masuk kedalam enjin. Keadaan ini akan menjadikan enjin menjadi cepat panas. Untuk memastikan engin tidak terlalu cepat menjadi lampau panas (overheat), udara yang dipam masuk perlu disejukkan dengan menggunakan sistem intercooler. Intercooler akan di pasang pada bahagian hadapan kenderaan yang dipasang dengan sistem turbo bagi menyejukkan udara yang masuk sebelum dipam masuk ke dalam enjin.
Selain daripada peralatan yang dipasang untuk memastikan sistem turbo berfungsi dengan baik, enjin turbo juga perlu penjagaan rapi agar dapat tahan lama. Sekiranya engin berkuasa turbo dimatikan dengan mengejut, pam tidak lagi mengepam minyak pelincir ke sistem turbo. Keadaan ini meningkatkan lagi geseran di dalam engin turbo, yang akan meningkatkan lagi kadar kehausan sistem turbo dan merosakkan komponent sistem turbo dalam jangka masa panjang.
Oleh itu, bagi mengelakkan keadaan ini, enjin berkuasa turbo perlu distabilkan dengan membiarkan ia bertenang selama 20 hingga 30 saat selepas berhenti sebelum mematikan enjin. Bagi mereka yang tidak mahu atau tidak mempunyai masa untuk menunggu sebelum mematikan enjin, satu alat yang dikenali sebagai jangka turbo (turbo timer) boleh dipasang. Alat itu boleh ditetapkan untuk mematikan enjin selepas masa yang dihadkan berlalu.
Selain itu, enjin berkuasa turbo juga perlu dipanaskan sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan minyak pelincir telah disebarkan keseluruh enjin secara menyeluruh. Ini adalah untuk memastikan enjin turbo tahan lebih lama dan mampu memberikan perkhidmatan yang optima. Sebagaimana enjin lain, minyak pelincir perlu dijaga agar enjin tahan lama. Untuk enjin berkuasa turbo, adalah disarankan pengguna menggunakan minyak pelincir yang tahan suhu tinggi, terutamanya minyak buatan (sintatik).
Sekiranya sesuatu enjin turbo itu dijaga dengan baik, enjin turbo tersebut mampu meningkatkan kuasa enjin lebih daripada enjin biasa yang mempunyai kuasa kuda yang sama. Anda pasti merasakan perbezaannya setelah mencubanya. Cuma anda perlulah rajin menjaganya dengan teliti agar enjin turbo anda sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi anda.


OK tu bukan tulisan aku hehe biasa ler copy paste haha. Aku ni bukannya rajin sangat nak ngajar korang tapi paling tidak korang dah tahu serba sedikit sebab pasal turbo timer intercooler westgate bill gates dll.


Kat sini aku letak gambar2 sample2 turbo timer yg second hand yg aku bakal dan telah jual.

Banyak lagi jenis turbo timer yg ada dipasaran jgn bimbang, yg canggih yg cun yg gempak bapak cuma aku tak nak letak semua .

OK, harga lak dalam RM150-RM 300 bergantung pada harga yg aku beli kat sini pastu aku ambik untung ler sikit. Camner nak order? Nak order selain dari turbo timer pun boleh asal korang sebut jer apa2 barang kat jepun pastu brp korang sanggup bayar aku leh carikkan. Memandangkan aku baru setahun jagung dalam web-business ni kata opah jiran aku korang cuma perlu email aku kat pakteh@gmail.com barang apa yg ko nak pastu aku bgtau korang nak bank in kat acc mana pastu akan suruh org aku kat msia poskan barang tu. Kalau korang tak caya kat aku korang boleh datang sendiri jumpa member aku kat Kota Bharu pastu korang bayar duit kat dier. Tu pun kalau korang sanggup turun Kota Bharu ler. Tapi kalau korang tak bank in duit dulu mmg aku akan hantar barang tu secepat mungkin paling lewat pun sebulan. Yer ler nak tunggu barang sampai rumah aku lagi pastu nak pos kat malaysia lagi. Kalau aku balik malaysia boleh jer aku bagi kat tangan korang.

Penghantaran bergantung pada saiz barang sebenarnya sebab tu aku nak jual turbo timer yg kecik molek ni jer senang nak pos. Kalau barang2 besar cam blow-off ker inter cooler ker bumper kereta ker??? huhh jgn ler mintak aku belikkan bumper kereta ker spoiler ker barang2 besar camtuh mmg kena pakai kargo kalau order barang2 besar banyak camtuh kena citer panjang sikit. Okeh chiow.