Thursday, 22 November 2007

Apa nak buat kalau polis trafik tahan anda?

Ramai pencinta undang2 yg baca blog aku ni tak puas hati. Ada yg marah pasal macam aku ni galakkan org bawak kereta laju-laju dengan adanya speed trap detector nih. Apsal tak marah pembuat kereta tu terus? dah tahu had laju dalam 90km/j jer buat ler kereta tu takleh speed lebih dari 90km/j habis citer. Tak gitu? Nih kerajaan yg sama buat undang2 dan kerajaan yg sama luluskan kereta yg boleh lari lebih dari had laju. (ni bukan nak marah kerajaan ni cuma merenung sejenak jer). Adakah dikatakan memandu dgn berhati2 bila bawak kereta sambil tgk speedometer pastu nak ushar signboard tgk had laju kaw tu berapa. Kadang2 kena ushar kot2 polis dok menyorok ker aper ker. Nak tengok jalan lagi tu pasal dok pening camtu last2 accident.

Tuh muqaddimah jer. Baru nak start nih. Ok, banyak sebenarnya tips2 yg korang boleh pakai bila korang kena saman bab rasuah tu aku mmg tak nak ajar pasal aku tak nak tanggung dosa sekali ngan korang. Selain dari rasuah yg ber'dosa' tu korang nak jawab ngan tuhan kat padang mahsyar nanti korang pikir ler baik. Tak kira ler rasuah duit ker rokok sekotak ker. Rasuah tetap rasuah huuuh benci betul ngan rasuah nih. Ok tak nak merepek panjang lagi lets get it started it.

1. Buat muka kesian kalau boleh menangis terisak-isak walaupun korang rasa takder mood nak nangis. Ataupun korang rasa cam nak marah giler kat polis yg tahan korang tu sabar jer teruskan lakonan menangis anda. Sebab polis ni kebanyakannya manusia teruk camner sekalipun ada hati perut. Kalau lakonan menangis anda berjaya anda akan diberi amaran. " jangan buat lagi yer dik" pastu kalau nasib baik dapat anugerah bintang terbaik drama swasta hehe. Nak senang sediakan bawang bawah seat takpun ambik minyak cap kapak tuang dalam mata huhh mmg keluar air mata confirm dapat menang oscar award lah.

2. Jangan sekali-sekali mengaku bahawa anda terpaksa bawak laju ni pasal bini nak beranak ker rumah terbakar ker, nak kena kejar tok kadi nak akad nikah ker, sakit perut nak berak ker semua alasan-alasan tu satu sen pun takleh pakai. Ni ramai org buat silap kot2 polis tu faham ler korang ni kononnya bukannyer nak bawak laju sangat tapi terpaksa sebab begitu begini. Tapi memang otak org yg dah gelabah camtu keluar output macam2 sakit gigi ler sakit perut ler. Ingat polis yg tahan tu baru beranak semalam ker? Polis ni bukannya bodoh nak terima alasan-alasan yg tak munasabah dan rekaan semata-mata camtu.

3. Jangan cepat-cepat bagi lesen memandu. Haaa ni korang jarang-jarang dengar. Ini kerana bila korang dah bagi lesen memandu korang kira dah mengaku bersalah. Lagipun kita ada hak tak nak bagi lesen kereta ataupun IC kita kat polis. Maksud aku jangan bagi lesen masa kat tempat kena tahan di tepi jalan sebab itu bermakna anda mengaku bersalah kalau ikut undang-undang sebenarnya pegawai polis cuma boleh tengok jer lesen tak boleh ambik lesen pemandu sembarangan. Tapi bila tiba di balai anda boleh serahkan lesen anda sebab tu balai polis dan tindakan korang bersesuaian dengan kehendak undang-undang negara. Bab ni korang kena hati-hati sikit jgn sampai polis tu naik angin. Jangan mudah menyerah dan jgn sampai polis tu marah korang. Be Profesional. Kalau naik court korang bagitau bahawasanya korang curiga dengan polis sekarang yg suka mengambil kesempatan nak duit rasuah dan macam2. Tapi kalau polis tu ada rekod kelajuan kereta korang korang boleh kata laser gun ker radar gun tu boleh dicalibrate. Pakai Tuning Fork untuk calibrate. Hanya dengan external test jer radar gun tu boleh di'calibrate' dengan tepat. Bermakna kalau ada pegawai polis cuba2 nak calibrate sendiri utk dapat 'duit kopi' mmg tak jadinyer. Tu boleh mengukuhkan kenyataan kita kat court. Tapi kalau dia pakai LIDAR GUN takleh calibrate ngan Tuning Fork tu aku tak tau lak diorang calibrate ngan aper nanti aku siasat lagi camner diorang calibrate LIDAR GUN. Sebab tu masa polis kata "encik telah membawa kereta melebihi had laju". Mintak bukti kalau boleh suruh polis tu tunjukkan laser gun@radar gun@lidar gun yg digunakan. Masa tu korang tgk ler brand apa yg dipakai ngan no siri sekali pastu bagitau aku hehe. Tu kalau polis kasik ler selalunya jarang kasik. Kalau polis kasik korang dah boleh bantu aku dan team aku siasat camner nak counter balik speedtrap yg polis pakai tu. Polis ni kalau kita gempak nampak macam lawyer sikit takut gak dia. Polis ni bukannya suka naik court nih nak-nak yg jenis banyak makan rasuah. Cuma mula-mula jer dia buat keras kepala.

4.Sebab apa polis biasa (bukan polis trafik) malas naik court
-memerlukan wang yg sangat banyak utk prosedur naik court yg perlu disediakan oleh pihak polis sendiri. (duit polis ni bukan banyak kadang2 tak cukup utk maintain patrol car, sebab tu polis tak banyak meronda pasal kena pakai duit utk isi minyak dalam patrol car) kalau tak baik gi meronda sambil-sambil makan angin gitu.
-Faktor masa. Banyak masa yg perlu dibazirkan utk proses naik court ni. Setiap pegawai ada duty katakan pegawai A yg mendakwa anda bukan sahaja pegawai A yg terlibat banyak lagi pegawai lain kena beri kerjasama semata-mata utk saman RM300. Kemudian masa mahkamah lagi. Pasal mahkamah ni bukan cam hotel boleh check-in check out camtu jer. Mahkamah ada banyak lagi kes-kes besar jadi pihak mahkamah akan utamakan kes2 besar dulu kes2 kecik ni mmg kena tunggu lambat sikit. Akhir sekali kena dapatkan pihak pendakwaraya. Yang ni aku tak pasti samada polis sendiri jadi pendakwa ataupun dia kena upah peguam lain untuk jadi pendakwa. Pasal silap aribulan kalau polis kalah kes KITA yg kena saman nih boleh saman malu berjuta RM. Tu pun kalau kita dapatkan khidmat peguam yg mmg canggih ataupun korang boleh kemukan bukti-bukti yg mmg kukuh. Mahkamah ni bergantung pada peguam dan hakim totally, kalau kita bijak dan dapat peguam yg lagi bijak boleh menang kes. Makin ramai polis kalah kes makin tak berani ler polis naik court.
-Polis trafik berbeza pasal mmg diorang ada peruntukan dan prosedur khas untuk perkara2 camni. Cuma bezanya dgn polis biasa mmg polis caw.trafik ni tu mmg kerja dia polis biasa banyak lagi kerja lain nak kena selesai. Polis trafik pun takut gak naik court sebenarnya walaupun dia polis. Jadi masukkan dalam kepala korang betul-betul benda yg aku tulis ni sebelum membuat apa-apa tindakan.

Apapun tak semua polis ni tak betul. Ramai yg jujur dan sekadar mencari rezeki yg halal malah menjaga keselamatan kita dan keluarga kita. Yang ni patut kena respect. Tapi berapa kerat jer ler yg macamni. Ramai yg suka lagak samseng pastu nak duit kopi. Yer ler saper tak nak duit kan aku pun nak hehe.

Benda yang aku tulis ni bukannya menghasut tapi ini kaedah membela hak individu. Negara Malaysia kan demokrasi gitu. Rakyat kita banyak kurang maklumat jadi nih aku nak kongsi maklumat yg sekadar aku tahu jer. Kalau jumpa peguam yg pakar bab nih lagi ler macam-macam dia suruh. Nasib baik aku tak jadi peguam hehe jadi engineer pun jadik ler cukup-cukup makan.

Nih tips2 yg aku bagi kat korang supaya korang fikir la abis-abis sebelum bawak kereta laju-laju betapa menyusahkan utk lepas diri dari cengkaman polis ni bila korang dah kena tahan. Lain ler kalau korang mmg tak kisah nak bayar saman atau nak dapat dosa free sebab bagi rasuah kat polis. Setiap kali korang bagi rasuah kat polis makin berleluasa dan menjadi tradisi polis menerima rasuah. Ataupun mmg dah jadi tradisi polis menerima rasuah dan tak dapat dibendung lagi?? Kalau betul korang nak lawan, lawan betul2. Kalau tak sayang duit bayar jer saman. Kena saman bayar lagi dan bayar dan teruskan membayar saman.

No comments: