Wednesday, 14 November 2007

Bagaimana Menukarkan Ringgit Malaysia Anda Ke E-Gold

Anda perlu memasukkan
wang ke dalam akaun E-Gold anda. Ini boleh dilakukan dengan menukarkan wang ringgit
anda ke E-Gold.
Secara ringkasnya, anda boleh lakukan ini dengan perkhidmatan E-Gold exchanger.
Mereka ini akan menukarkan wang ringgit anda ke E-Gold untuk anda. Anda perlu
berikan wang kepada mereka. Mereka kemudian akan memasukkan E-Gold ke dalam
akaun anda secara automatik.
Misalannya, anda berikan RM50 kepada E-Gold exchanger. Mereka akan memasukkan
emas bernilai RM50 ke dalam akaun E-Gold anda. Mereka juga akan mengenakan sedikit
caj untuk perkhidmatan mereka. Caj ini ditolak terus dari RM50 ini.
Mereka umpama money exchanger atau pengurup wang yang anda biasa lihat di manamana.
Tetapi mereka ini adalah virtual dan berada di dalam Internet sahaja.
Saya akan berikan beberapa contoh E-Gold exchanger di Malaysia yang dapat
menukarkan Ringgit Malaysia anda ke E-Gold dalam masa yang singkat.
1. E Pay2Gold
Mereka ini boleh menukarkan Ringgit Malaysia anda dalam masa kurang dari 1 jam
sahaja dari jam 9:30 pagi ke 11:45 malam. Pergi ke http://www.EPay2Gold.com dan ke
Buy E-gold from us. Hantarkan wang anda ke akaun Maybank mereka. Caj mereka
adalah dalam USD$3 atau 4% mana-mana yang paling kurang. Wang anda akan di
masukkan terus ke akaun E-Gold anda. Sila ke halaman web saya di Order page untuk
tips bagaimana load ringgit anda ke E-Gold.
2. R 2Gold.com
Anda juga boleh gunakan perkhidmatan http://www.r2gold.com untuk menukarkan
Ringgit anda ke E-Gold. Anda boleh masukkan wang anda ke dalam akaun Maybank,
Public Bank, BCB dan lain-lain. Ringgit anda akan ditukarkan dalam masa
Caj yang biasa mereka kenakan adalah RM11 sahaja. Jadi lebih baik anda masukkan
wang yang lebih sedikit supaya dapat disimpan untuk kegunaan masa akan datang.
Setakat ini, perkhidmatan-perkhidmatan di atas adalah antara yang terbaik yang pernah
saya gunakan. Anda boleh mencuba dengan memasukkan RM50 dengan menggunakan
perkhidmatan mereka ini. Anda juga boleh pergi ke Google dan taip “E-gold exchange
malaysia”. Tetapi nasihat saya adalah berhati-hati dengan yang lain di atas.

No comments: