Friday, 23 November 2007

Bagaimana Speed Trap Detector Berfungsi (Radar Type)

Speed trap detector terbahagi kepada dua iaitu radar detector dan laser detector.

Aku akan cerita pasal radar detector dulu kat sini.
Kenapa anda perlukan radar detector? Sebabnya anda tak tahu kat mana ada speed trap camera. Kalau speed trap camera yg jenis besar tu mmg nampak. Tapi hati-hati sekarang ni dah ada speedtrap camera yg jenis kecik. Kadang-kadang perasan kalau bawak laju mmg tak perasan tau-tau dapat surat saman. Jadi untuk mengelakkan diri anda dari membayar saman seumur hidup elok beli satu. Kita memang takder niat nak bawak laju pun tau-tau tgh syok bawak kereta sekali datang lagi amuk ker metallica naik hantu tertekan minyak lebih sikit sekali pulak ada speed trap camera kat situ. Dah dapat surat saman baru ler menyesal tak beli radar detector haha. Sebab tu org tua kata sediakan payung sebelum hujan. Kita tak tahu masa bila kita nak bawak kereta laju ke tidak. Tapi kalau kita ni mmg jenis cool dan mmg tak pernah bawak laju tu kira hebat ler. Sekali bini nak beranak nak hantar hospital takkan nak bawak rilek2 cool jer kan...kan. Sebab polis tak peduli alasan apalah korang bagi sekalipun bawak lebih dari had laju saman. Tak nak bayar saman naik court. Macam aku citer sebelum ni bukannya best naik court nih. Bayar saman lagi ler tak best. Tak bayar saman karang kena masuk lokap. Mana mau? Tepuk dada tanya diri sendiri. Aku sendiri pun tak suka bawak kereta laju-laju nanti tak pasal-pasal menjanda bini aku yg cun lagi solehah tu.

Biasa ler aku suka merepek dulu baru bagi maklumat yg berguna kepada masyarakat dan tanahair malaysia yg tercinta.

Adakah radar detector ni salah di sisi undang-undang?
Secara ikhlas dan jujur serta tawadduk aku bagitau aku tak confirm benda nih. Ada yg kata salah ada yg kata tak tau. Jadi aku ambik yg tak tahu jer ler pasal tak jumpa lak undang2 malaysia kat internet nih pasal radar detector. Kalau siapa-siapa yg tahu bagitau aku yer. Kalau betul salah di sisi undang-undang pandai-pandai la anda fikir sendiri.

Camner nak Pasang Radar Detector ni di kereta
Kebanyakannya boleh cucuk kat tempat api cucuh rokok. Bukan tempat ashtray tu cik akak, tempat yg ada lambang rokok dan macam gulung2 pastu macam ada batang mancis kat tengah tu. Ada jugak yg boleh pakai solar bateri jer. Macam yg aku sendiri pakai kat jepun ni pakai solar jer. Jadi aku tak pernah cucuk kat tempat
rokok tuh. Pesanan penaja: Merokok membahayakan kesihatan anda dan orang yg anda sayangi.

Kat mana nak letak radar detector ni yer? Letak atas dashboard yg tiada apa-apa dapat menghalang RD(radar detector) ni dari menerima gelombang. Kalau boleh jangan guna stand pakai jer doubletape senang nak cabut dari dashboard mana tau kot2 emergency ker nak kena cabut RD nih. Takpun korang tau sendiri ler mat cilok mat rempit mat pit segala jenis mat2 yg takleh tgk org senang nih curi barang kereta korang baik korang cabut RD ni bila parking kat tempat-tempat yg suspicious.

Adakah Radar Detector ni boleh dikesan?
Masa mula-mula RD ni mula dikeluarkan didapati penggunaan RD ni memberi gangguan pada SKY TV. Kat malaysia astro la kot. Kalau nak check RD yg korang ada tu memberi gangguan pada astro ker tak pasang radar detector tu kat antena astro pastu tgk ada bagi gangguan ker tak kat siaran astro tu. Aku tak pernah cuba lagi benda ni kalau ada yg dah cuba bagitau aku. Jadi aku tak tahu model sekarang ni camner. Jadi disebabkan RD ni boleh bagi gangguan kat sistem lain terhasillah VG
-2 unit. VG-2 ni memang boleh mengesan radar detector atau pun Jenis lain cam Spectra RDD (radar detector detector). Tapi alat ni tak begitu meluas penggunaannya sebab mahal dan semata-mata nak tangkap org yg pakai radar detector yg beberapa kerat jer kat Malaysia ni. Lagipun ada RD yg ada anti-VG-2. Cam kat UK speedtrap detectors jenis Bel-tronics mmg ada anti-VG-2 nih nama dier Shadow Technology. Jadi kalau nak cari yg jenis ada anti-VG-2 ni kena tgk brand la jugak. Mungkin ada polis2 di Malaysia yg pakai VG-2 nih tapi tak meluas. Jadi kena hati-hati gak ler.

Spectra RDD(Radar Detector Detector)














Inilah rupa VG-2

No comments: