Thursday, 22 November 2007

Perkara-perkara yg wajib diingati bila anda nak naik court sebab kena saman

Kalau anda benar-benar nak bawak kes saman anda ke mahkamah pastikan anda tulis perkara-perkara dibawah ni dan masa kena saman tulis dalam nota anda jangan ingat-ingat lupa.

1. Pertanyaan dan jawapan ketika polis yg menahan anda membuat siasatan. Tulis semua secara details. Ini untuk mengelakkan anda menipu atau anda boleh tahu kalau polis tu membuat tuduhan palsu dsbgnya.

2. Kedudukan kereta berhampiran semasa anda memandu yg dikatakan melebih had laju. Kalau boleh ingat ngan nombor plate sekali. Sebab kalau polis tu pakai radar gun mmg boleh diragui. Radar gun lebih cenderung menangkap objek yg lebih besar. Anda boleh kata itu kelajuan lori berhampiran. Berbeza ngan laser gun sebab laser gun ada crosshair dia target kereta yg dia nak pastu dia lock on target dan keluar lah kelajuan kereta yg ditarget. Kalau pakai radar detector mmg tak leh nak detect. Lain ler kalau pakai laser detector tu pun kena tgk brand gak kena brand yg jenis cap ayam takleh detect takpun dah kena target baru nak sound alarm. Nanti aku cerita kat posting lain pasal laser gun ngan radar gun beserta detector jenis mana yg aku recommendkan.

3. Keadaan cuaca cerah ker hujan ker mendung ker. Malam ker siang.

4. Waktu dan tarikh kena tahan.

5. Hala tuju dari mana nak ke mana cthnyer dari kota bharu nak gi KL. Ada urusan business di KL contohnya.

6. Lane. Samada anda memandu di lane kanan atau kiri. Kalau boleh tahu nama jalan sekali.

7. Destinasi polis yg menahan anda kalau polis yg tgh patrolling tahan. Kalau polis yg menahan anda sedang parking kat dalam semak ker bawah signboard ker.

8. Latar belakang polis bentuk tubuh muka camner nama polis dan bertugas di balai mana. Kalau boleh dapatkan gambar polis yg menahan anda.

9. Dapatkan nama polis dan no plate kereta peronda.

Itu saja kalau ada tertinggal sila bagi komen.

No comments: