Nih pengesan speed trap yg dijual kat jepun. Nih brand baru boleh scan speed trap yg jenis camera yg pakai K-band(24.200GHz). Tapi kat jepun speed trap yg jenis camera pakai X-band(10.525GHz). Tapi jenis ni boleh kesan dua2 jenis band X-band ngan K-band. Satu lagi boleh kesan polis2 yg menyorok kat tepi2 semak yg pakai speed trap cam dalam gambar kat atas tu.
Dalam gambar tuh yg macam kat palang tu ada ccd camera jenis speed trap tercanggih di alam maya skg nih pun boleh detect pakai alat nih. Best tak?? Kata la best... best kan kan kan.
Yg paling best nyer boleh kesan patrol car yg transmit signal/ataupun yg ada speed scanner. Tapi kalau polis tu tutup alat tuh takleh scan gak. Kalau pakai alat nih mmg leh selamat dari dapat surat saman. Nak tanya lebih lanjut ker nak aper2 ker pasal barang nih aku takleh citer lebih2 pasal barang ni legal kat jepun dan MUNGKINNN illegal kotttt kat malaysia. Jadi kalau nak citer panjang kat email aku pakteh@gmail.com
Tambahan:
1. Untuk polis yg pakai speed trap kat semak2 tuh benda alah tu cuma akan keluar kan gelombang yg boleh dikesan dari jarak 70-100 meter jer. Jadi alat pengesan speedtrap ni pun takleh perfect sangat kena hati2 gak kadang2 dah sampai dekat sangat ngan polis yg sedang sekodeng dari semak tuh baru nak bunyi. Oh lupa lak alat ni dia keluarkan bunyi amaran bila jumpa speed trap. Tapi dia ada sistem auto lowdown volume slps 15 saat tapi kalau dah bingit sangat boleh jer tekan butang mute terus jadi bisu buat seketika. Bunyi tu pun bergantung pada had laju kereta kita yg alat ni ukur berdasarkan getaran yg terhasil. Yer ler kalau bawak perlahan mana bergetar sangat takyah citer ler naik bumper ker masok lobangg ker. Kereta citroen-bx yg pakai hydraulic suspension pun bergetar pasal enjin dia bergetar kan...apa da korang nih.
2. Untuk speed trap yg ada ccd kamera yg boleh tangkap gambar plate kereta sampai muka dan lubang hidung driver pun dia leh tangkap tuh perlukan jarak 500m lebih kurang. Kadang-kadang ataupun jarang2 gak dah terlambat baru bunyi pasal gelombang ciptaan manusia ni mana ler perfect kadang2 gelombang terbantu alat ni pun confuse nih gelombang ker mak tiri aku nih??? Begitulah serba sedikit kelemahan alat nih. Jadi yg lemah itu dari pembuat alat nih bukan dari aku. Yg baik tu semua dari aku yg hensem macam gajah nih.
Ok, ramai yg tanya pasal harga alat menarik nih aku letak harga kat sini:
Baru(New) : RM800 (including delivery)
Second-hand(Tangan Kedua): RM500 (including delivery)
Benda ni takleh beli banyak bawak balik Malaysia nanti kantoi ngan kastam. Kalau ada yg nak tunggu aku balik malaysia nak pass kat tangan ni jgn harap sangat ler.
Sunday, 11 November 2007
Pengesan Speed Trap yg boleh pakai di Malaysia
Posted by imingjepun at 6:47 am
Labels: Pasal Speed Trap dan Saman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
BULSHITTER!! YOU JUST WANNA MAKE A QUICK BUCK!!
Post a Comment